Pages

Thursday 24 November 2011

Minat terbaru saya!!!

Assalamualaikum dan selamat menyambut awal muharam kepada rakyat Malaysia(walaupun follower hanya 2...)!Hari nie, saya nak kongsikan kepada semua tentang minat terbaru saya iaitu MENGAIT! Nak belajar mengait tapi masalah plak timbul...Masalahnya ialah:,
  1.  Barang mengait susah nak cari.
  2.  Nak mengait bajet tinggi!
  3.  Mana nak cari duit?!
  4.  Beli online lagi mahal.
  5. Kalau ade pon jauh nak beli...
Banyak betul masalahnye...Nak buat macam mana nie??Tapi, takpelah...Saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari bahan mengait yang mampu dibeli oleh diriku ini!!(alamak ter`drama` la pulak...)!Sekarang nie pon saya tengah dok tengok online store yang bertapak di Tanah Melayu nie.Ade lah jugak yang berkenan dihati...Tapinya mahal sangatnye adoi...(tiru johan dalam edisi khas ke??)Bile dah tengok-tengok ,ade lah satu kedai name Maycraft...Dia ada kedai dan online store.Okay jugak.Kedainye nama Mayfair Handicraft di Subang Jaya.Kedai online kat SINI.

Monday 10 October 2011

Resepi Kek Coklat Basah

Assalamualaikum, semua!!Hari nie saya nak kongsi kepada anda semua resepi kek coklat basah yang betul-betul sedap dan enak dimakan.Kek nie senang tau nak buat!Semudah A, B, C!!^_~
Bahan-bahannya:
1 cawan air mendidih
1/2 cawan serbuk koko(paling best pakai brand Van Houten)
3 biji telur ayam gred A(Kalau pakai gred B, pakai 4 biji.)
2 1/4 camca kecil esen vanila
235gm tepung kek atau tepung serbaguna
300gm gula halus
15gm ataupun satu camca besar serbuk penaik
3/4 camca kecil garam
227gm mentega tanpa garam(saya pakai margerin;ok jer!)

Cara membuatnya:
1. Satukan air mendidih dengan serbuk koko sampai sebati.Sejukkan.
2. Mentega dan gula dipukul sampai kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.Gaul rata.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.
4. Gaulkan tepung dalam adunan mentega dan diselang selikan dengan bancuhan koko tadi.(Semsa mengacau adunan, pastikan anda mengacau dalam satu arah)
5. Masukkan adunan ke dalam acuan kek berukuran 20 sm yang terlebih dahulu dialas dengan kertas minyak, disapu mentega dan diayak sedikit tepung.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius/350 ferenheit selama 25-35 minit.
7. Setelah siap, boleh la hias dengan aising butter atau choc ganache.

Thursday 6 October 2011

Cuti yang indah.

Seronoknya!Kenapa?Ha, nila nak bagi tau.Seperti semua sedia maklum, beberapa kelas dicutikan sebab PMR.Saya ingatkan cuti kali ni sama je macam yang lain iaitu duduk rumah, tengok tv.Itu jelah rutin saya kalau cuti sekolah.Kalau tak pon pegi office mak saya untuk main internet.Cuti kali ni lain sikit.Disebabkan mak saya sibuk mengedit buku(sebab dia kerja sebagai editor di DBP),saya terpaksalah menjadi PA mak saya yang tak bertauliah.Walaupun saya mendapat tempias kesibukkan ibu saya, saya rasa gembira.Kenapa?Sebab saya rasa seperti betul-betul berkerja...Huhu, saya dapat gaji tau!Nak tahu apa gajinya?Ha, saya dpat pergi Alamanda, Putrajaya!Seronok sangat!Hiasan dalaman Alamanda tu cantik sangat.Banyak jugaklah kedai-kedai best kat situ contohnya Reject Shop, Poney, butik Swatch, Sasa, dan banyak lagi...Tapi, kalau nak dibezakan dengan Sunway Pyramid, sudah tentulah SP lagi best dan lagi besar.Walaupu begitu, masih bebaloi kalau pergi ke Alamanda, Putrajaya.Kalau sempat, singgah-singgah lah kat sana.Okaylah dah panjang sangat nie berceloteh.Assalamualaikum dan bye!!^_~

Wednesday 5 October 2011

Okay, kita sambung...

Assalamualaikum...Ha, mari kita sambung...Nama blog.Macam mana saya dapat nama Mylittlepinkorange?Sebenarnya, tak dari mana mana pun.Terlintas di fikiran jer masa nak isi bahagian nama url untuk blog.Okay jugak kan?Sekolah.Saya sekolah kat SMK Bandar Tasik Puteri.Sesiape yang sekolah kat sana di kelas 1Arif, 1Dinamik...Kenal lah saya...Ringan ringankan lah tangan untuk tekan punat "Follow" yer...Sesiapa yang kenal tu, sila sila lah "Follow".Kalau tak pun usha-usha jelah ye...Ini jelah intro untuk blog saya...Sekian, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.....(Amboi, panjang berjela-jela!)Bye!

Oh, blog pertamaku!

Assalamualaikum...Yeah, akhirnya saya berjaya juga mencipta blog nie.Sebelum nie dah rasa cam nak buat blog, tapi tak berkesempatan...Macam mane, cantik tak blog nie??Huhu, setelah saya bersusah payah mendesign blog nie dengan bersusah payah, hasilnya...TARA!!...Saya puas hati!Saya edit background, costomize header, hmm...Semua nie saya buat dalam masa 2 hari.Disebabkan kat rumah saya takde internet, saya terpaksalah buat kat tempat lain, contohnya office mak saya, WiFi handphone(handphone mak saya jugak), CC dan tempat-tempat lain.Merata-rata!Huhu,saya kene pegi nie.Nanti sambung ye...Assalamualaikum...^_^